KETURUNAN AYAH DAN KETURUNAN IBU KEPADA MOHD AMIR SHAH BIN HJ AHAMED..


 KETURUNAN AYAH MOHD AMIR SHAH BIN HJ AHAMED dari salasilah SUTAN AMIR KAHARUDDIN BUDIMAN dari SULTAN PAGARUYUNG, yg aku belajar sikit sebanyak dr minangkabau,belayar dr acheh masuk ke pattani kemudian ke kelantan dan nama ayah HJ AHAMED BIN HJ ISHAK BIN HAJI IDRIS dan KETURUNAN IBUKU SARWAJAN BT WAROZ KHAN DARI KETURUNAN RASULULLAH S.A.W yg berasal dari THAILAND PATTANI,NARATHIWAT,CHEHE,TAKBAI. dari SYED'SYEIKH dan anaknya yg berkahwin antara HABIB JAN dengan sepupu iaitu WAROZ KHAN dari TURKI,ISTANBUL.ke UZBEKISTAN ke AFGANISTAN ke PAKISTAN terus ke PATTANI,ke NARATHIWAT ,ke SUNGAI GOLOK,CHEHE,THAILAND dan ke PENGKALAN KUBUR ,KOTA BHARU, KELANTAN. Dan nama ibu SARWARJAN BT WAROZ KHAN.  MOHD AMIR SHAH BIN HJ AHAMED keturunan RASULULLAH S.A.W KOTA BHARU,KELANTAN MALAYSIA dr keturunan ibu dan dr keturunan ayah dr keturunan cucu cicit SUTAN AMIR KHARUDDIN BUDIMAN asal dr KETURUNAN SULTAN PAGAR RUYUNG mengikut salasilah PAGAR RUYUNG. Kisah cerita SUTAN AMIR KHARUDDIN BUDIMAN. Akan Baginda Tengku Khairul Alam ( Raja Muda Padang Nunang) bin Tengku Badrul Alam bin Sultan Sairul Alam yang bernikah dengan Che Jaliha binti Lebai Diman @ Sutan Amir Kaharuddin Budiman di Mukim Sega itu berdiam di Gesing. Hasil perkahwinan itu lahirlah seorang putera lalu diberi nama Tengku Abdul Samad. Datuk sebelah ibunya adalah semasyhur orang juga. Lebai Diman telah berangkat meninggalkan minangkabau lebih awal lagi iaitu pada tahun 1789. Beliau melalui Aceh (sempat belajar dan mendalami ilmu agama di Singkel, Aceh) selepas itu belayar ke Patani dan kemudian masuk ke Kelantan ke Kg Chetok. Di situ beliau berkahwin dan mendapat seorang putera diberi nama Tok Jalaluddin. Selepas beberapa lama beliau tinggalkan pula kelantan dan merantau ke Raub Pahang lalu berkawin dan mendapat 2 anak iaitu Mohamad Salim dan Fatimah. Beliau meninggal dunia di Sengkela, Raub. Bapa Sutan Amir namanya Kesumo Aceh bin Batara Guru. Sutan Amir ada adik bernama Sutan Guru yang menetap di Muara Sipongi Mandailing. Berbalik kepada Tengku Khairul Alam, hayat Baginda tidaklah lama sesudah kelahiran Tengku Abdul Samad itu. Baginda mangkat lalu dimakamkan di tanah perkuburan Gesing (sekarang dipanggil Kg. Tanjung Raja). Akan Jeliha sesudah itu berpindah ke Ajai, diam bersama-sama dengan anaknya yang bernama Fatimah yang bernikah dengan Khatib Abdullah bin Kari Sutan. Dengan itu juga dibawa Tengku Abdul Samad ini tinggal bersama-sama Fatimah yang berdiam di Sungai Puteri, Ajai. Akan abang tiri Tengku Abdul Samad yang bernama Muhamad Salim itu bernikah dengan Cik Puan binti Hj. Abdullah Malim Pendita, orang Bukit Asin, Temau. Kemudian harinya Muhamad Salim ini diangkat menjadi Kadi Raub yang pertama . Di Sungai puteri itu, membesarlah Tengku Abdul Samad itu bersama-sama sepupunya yang bernama Husin, Siti Mandaliah, Abdul Latif, Bakri dan Betah. Akan sebahagian sepupunya ini kemudian hari menjadi rakan membuka kampung halaman bersama-sama Tengku Abdul Samad. Imam Husin (Moyang kepada Tuan Haji Abdul Rauf bin Khatib Rawi ), Abdul Latif (Moyang kepada Haji Anwar bin Haji Othman ), Bakri ( moyang kepada Dato’ Razali bin Shahlason ), Siti Madliah ( moyang kepada Mohd. Shahiri bin Haji Shahman ) dan Betah moyot kepada Mohd. Asmawi bin Haji Mohd. Afandi ) . Tidaklah Tengku Samad itu dilupakan oleh masyarakat sewaktu pembesarannya. Ini disebabkan beliau itu pada jalur sebelah ibunya adalah anak dua pupu kepada Tok Keli, Penghulu Sega dan juga terlebih besar dari itu berpangkat anak tiga pupu kepada Tok Kaya Teh @ Wan Teh bin Tok Deris @ Wan Idris bin Wan Hasan (Orang Kaya Lipis ke-13) Maka membesarlah dia dengan pergaulannya meluas meliputi kawasan Sega, Budu, Penjom dan sejalur Sungai Lipis dan disanjung dia kerana kemuliaan darah keturunannya . Sementara masyarakat Rao yang mendiami kampung Ajai, Temau, Dong dan Gali mengenalinya sebagai pewaris raja di Padang Nunang. Tengku Abdul Samad membesar di Sungai Puteri dengan asuhan agama di bawah bimbingan Khatib Abdullah bin Kari Sutan dan mempelajari kepahlawanan daripada segala pendekar yang ada di Ajai dan Temau. Beliau bergaul dengan saudara papatnya sealam-alam mukim Sega dan mukim Budu. Sesudah bersedia berkahwin, beliau berkahwin dengan sepupunya, Tengku Ratiah binti Tengku Umbak yang berdiam di Gesing. Sesudah berumahtangga itu, terfikir dia ingin membuka kampung lamannya sendiri. Maka diajak rakan taulannya mencari tapak yang sesuai. Lalu mudik dia ke ke kawasan Tok Raja Jelai. Dijumpai satu tapak yang baik di tepi Sungai Jelai. Bekerjalah mereka menebas menebang. Sewaktu lapang diajaknya rakan-rakannya bermain bola raga. Di tapak permainan itu kemudian harinya dipanggil orang Padang Tengku. Tempat itu terletak di daerah Kuala Lipis. Memandang tempat itu jauh ke hulu, tidaklah lama Tengku Abdul Samad berdiam di situ lalu mereka bergerak ke kawasan Tersang. Namun kawasan itu tidak juga sesuai pada pandangannya. Akhirnya beliau dan rakan-rakannya membuka satu kawasan di sebelah kampung Dong. Sewaktu menebas-menebang kawasan tersebut, terjumpa mereka sebatang pokok durian yang sangat besar. Lalu atas peristiwa itu, bersepakat Raja Abdul Samad dan rakan-rakannya menamakan tempat itu Kampung Durian Sebatang. Akan pembukaan kampung Durian Sebatang ini dianggar sekitar awal tahun 1860-an. Keadaan negeri Pahang yang huru-hara bersabit perang saudara di Pahang membantutkan usaha membangunkan kampung ini. Setelah berjaya mematahkan serangan Wan Aman dan Wan Da untuk menguasai Hulu Pahang (Raub), Tengku Abdul Samad diangkat oleh Sultan Pahang menjadi Penghulu Gali yang pertama. Akan usaha membangunkan kampung Durian Sebatang itu diteruskan selepas perang. Untuk meluaskan kawasan bertanam padi, sebatang parit sepanjang sebatu setengah dibina untuk mengairi kawasan paya . Kerja dimulakan dengan mengempang Sungai Gali. Usaha ini dibantu oleh keluarga Panglima Haji Muhamad Salleh Lentor (Ajai) , keluarga Haji Duamat bin Raja Haji Daud (Ajai), keluarga Tok Daud, keluarga Sutan Bangun, keluarga Haji Muhamad Taib bin Tok Ali, keluarga Tok Kasim, Keluarga Imam Husin bin Khatib Abdullah (Ajai) , keluarga Mat Said, keluarga Haji Yusuf bin Haji Abdullah Malim Pendita (Temau) . Sesudah siap empangan dan parit saliran, terbukalah tanah paya seluas 80 ekar di Durian Sebatang. Akan kakak tirinya bernama Hajah Fatimah yang memeliharanya, diberinya tapak rumah dan paya sebelah tanah rumah Tengku Abdul Samad.

Comments

Popular posts from this blog

Keturunan Syed, Nik dan Wan juga dikaitkan dengan keturunan Nabi Muhammad SAW.

Silsilah Irfan Darwisy bin Zukifly adalah keturunan Nabi Muhammad s.a.w ke 39