Sultan dan raja-raja melayu adalah keturunan nabi muhammad s.a.w

Raja-Raja Melayu adalah Keturuan Nabi Muhamad SAW.
Pasal nasab Rasulullah s.a.w., kebanyakan nasab keturunan Nabi Muhamad s.a.w. adalah daripada Ali Zainal Abidin , iaitu anak kepada Saidina Hussein r.a.. Keturunan Ali Zainal Abidin merupakan yang ramai sekali di nusantara. Ini termasuk Raja Aceh, Sultan Pahang, Raja Lama Terengganu, Raja Lama Johor, Wali Songo, Sultan Banten, Sultan Cirebon, Sayyid dari Hadramaut, Sharif dari Hadramaut, Sheikh, Syed, Raden, Habib, Wan (Pahang), Wan (Terengganu), Megat, Meor, Tengku (Johor), Tengku (Pahang), Tengku (Terengganu), dan seumpamanya.

Walaupun mereka juga keturunan pendakwah., namun ini semua bukan keturunan yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. yang bakal menjadi Imam Mahdi. Yang bakal menjadi Imam Mahdi mestilah daripada keturunan Saidina Hasan r.a..

Setelah saya meneliti, maka keturunan Saidina Hasan r.a. adalah daripada Ali Nurul Alam, iaitu bangsawan Majapahit yang mentadbir Kelantan Lama. Keturunan tersebut adalah terdiri daripada Wan (kedua-dua Wan di Kelantan dan Wan di Acheh), Nik, Long dan Pangeran (Brunei). Inilah keturunan pendakwah yang ada kemungkinan merupakan gene yang dipunyai oleh Imam Mahdi.

Saya tidak berani untuk mengesahkan tentang individu yang dimaksudkan(sangat2 haya).

Satu perkara yang perlu diingat, Imam Mahdi tidak pernah mengaku bahawa beliau adalah bakal Imam Mahdi. Hanya Umat Islam yang akan mencari beliau.

Perlantikan kaum Sayyid sebagai para pemerintah kesultanan-kesultanan yang berdaulat di rantau ini mempunyai kaitan secara langsung dengan kemunculan ahlul bait Rasulullah SAW dari gelombang pertama mulai awal abad ke 14 Masihi. Hampir keseluruhan kesultanan-kesultanan dari dinasti Quraisy jurai Bani Hasyim di Alam Nusantara dibentuk oleh golongan ini sedangkan kelompok yang datang dari gelombang kedua mulai awal abad ke 18 Masihi kebanyakannya hanya menjadi rakyat biasa.

Rata-rata ahlul bait yang masuk ke istana Raja-Raja Melayu dahulu kala adalah sebagai menantu, kerana sebagai pemerintah umat Islam yang berdaulat, suntikan daulah zuriat Rasulullah SAW pada kesultanan seseorang raja dianggap boleh menaikkan ‘saham’ kesultanan tersebut. Oleh itu lazimnya keturunan yang terhasil dari perkahwinan ahlul bait tersebut dengan puteri raja akan dipilih untuk menyambung pemerintahan raja, terutamanya jika putera tersebut menyerlahkan ciri-ciri keunggulan yang lazim ada pada zuriat Rasulullah SAW.

PERCAMPURAN AHLUL-BAIT DENGAN DARAH BALKIS.

Antara contoh kemunculan ahlul-bait Zuriat keturunan Tun Habib Abdul Majid iaitu Tengku Tengah dan Tengku Mandak memenantukan Daeng Chellak dan Daeng Perani dan mengangkat Daeng Chellak sebagai Sultan Abdul Jalil. Zuariatnya seperti Raja Hadji Fisabilillah adalah Ahlul Bait Rasulullah dimana 3 Darah menjadi satu. Darah Nabi Sulaiman, Darah Nabi Iskandar Dzulkarnain dan Rasulullah. Tak Hairanlah kehebatan Raja Hadji sehingga Syahid dimedan Perang.

Sayyid Harun ibni Sayyid Ahmad Jamalullail, seorang ahlul-bait yang begitu berpengaruh di Kedah lama atas sifat ketaqwaan dan bakat kepimpinan yang dimilikinya, telah menarik minat Sultan Dhiauddin Mukarram Syah, iaitu Sultan Kedah yang ke 15, lalu dipilih menjadi menantu baginda melalui perkahwinannya dengan puteri Tengku Sofiah. Peristiwa ini berlaku apabila isteri pertama Sayyid Harun yang bernama Sharifah Mariam meninggal dunia. Kemudiannya, putera Sayyid Harun dari isterinya yang ketiga (Tengku Sofiah tiada berzuriat), iaitu Sayyid Hussein Jamalullail akhirnya dilantik sebagai raja pertama bagi negeri Perlis yang berdaulat.

Syarif Ali, bekas Raja Mekah, seorang lagi ahlul-bait Rasulullah SAW juga menarik perhatian Sultan Brunei ke-II yang memerintah di waktu itu, iaitu Sultan Ahmad (1415-1425M) lalu diberi kahwin dengan puteri baginda, Puteri Ratna Kesuma. Ketokohan Syarif Ali sebagai pemimpin dan mubaligh yang unggul menyebabkan ia diangkat menjadi sultan Brunei yang ketiga dengan gelaran Sultan Barakat.

Sayyid Abu Bakar, pengasas kesultanan Sulu telah berkahwin dengan puteri Raja Baguinda yang bernama Pangeran Fatimah Asyahirain, dan kemudiannya dilantik menjadi wakil Sultan dan imam. Apabila Raja Baguinda mangkat Sayyid Abu Bakar telah ditabalkan menjadi Sultan Sulu. Gelaran yang digunakan ialah Sultan Syariful-Hasyim dan baginda bermukim di Buansa (pusat kesultanan yang pertama) selama lebih kurang 30 tahun. Tahun pemerintahan Sultan Syariful Hasyim ialah sekitar 1450M, dan tarikh kemangkatannya ialah dalam tahun 1480M.

Syarif Muhammad Kebungsuwan merupakan seorang lagi ahlul bait Rasulullah SAW yang mengasas kesultanan ahlul bait Mindanao di Filipina. Kedatangan Muhammad Kebungsuwan di Mindanao dan usaha penyebaran dakwah yang dilakukannya pada mulanya ditentang oleh penduduk- penduduk setempat, tetapi kemudiannya beberapa pemimpin mereka seperti Tabunaway dan Mamalu telah bersetuju menerimanya dengan baik. Kemudiannya melalui perkahwinan Syarif Kebungsuwan dengan beberapa puteri pemimpin tempatan, mereka pula telah dapat menerima kehadirannya. Akhirnya, Syarif Kebungsuwan telah mendapat pernyataan taat setia daripada ketua-ketua suku penduduk Mindanao yang memeluk Agama Islam di tangannya. Daripada keturunan Kebungsuwan lahirlah dinasti pemerintah ahlul-bait Rasulullah SAW di Mindanao.

Tun Habib Abdul Majid (mangkat 1697M) juga merupakan satu lagi contoh klasik dimana datuknya Sayyid Zainal Abidin, seorang Sayyid berbangsa Acheh telah masuk menjadi keluarga pada keturunan bendahara-bendahara Melaka dan Johor lama melalui perkahwinannya dengan cucu Tun Seri Lanang yang merupakan Bendahara Melaka di zaman Sultan Abdullah Maayah Syah (1615-1623M). Keturunan daripada Tun Habib Abdul Majidlah yang menjadi raja-raja Johor, Pahang dan Terengganu sekarang.

Sejarah peristiwa kemasukan sebilangan ahlul-bait ke dalam istana raja-raja di Alam Melayu sebahagiannya ringkas dan tidak melibatkan siasah politik seperti sejarah Syarif Ali, iaitu Sultan Brunei yang ketiga dan juga Sayyid Harun Jamalullail, iaitu ayahnda kepada Raja Perlis yang pertama. Sedangkan yang lainnya melibatkan siasah politik pemerintah-pemerintah tempatan. Contoh yang paling jelas ialah nenda kepada Tun Habib Abdul Majid, (Bendahara Padang Saujana), iaitu Sayyid Zainal Abidin, seorang ahlul-bait berbangsa Acheh yang masuk menjadi keluarga Bendahara Johor lama sebagai menantu melalui perancangan keluarga pembesar ini, dengan harapan dapat menyuntik ‘daulah zuriat’ dalam kedudukan keluarga bendehara Johor lama tersebut. Itulah sebabnya Sayyid Zainal Abidin dan keturunannya dipilih bagi memberi kesinambungan pada kekuasaan keluarga pembesar Johor iaitu pada kedudukan bendahara dan temenggung, sedangkan waris sebenar masih ramai lagi. Perancangan ini akhirnya membuahkan hasil dengan mendapat restu raja dan rakyat apabila cucu Sayyid Zainal Abidin yang bernama Tun Habib Abdul Majid itu diberi kedudukan sebagai Bendahara Johor dengan mendapat gelaran Bendahara Seri Maharaja kerana beliau bukan sahaja mempunyai susur galur secara langsung kepada keluarga bendahara Johor (nendanya puteri bendahara), kelebihannya yang lain ialah pada zat ahlul-bait yang dimiliki dalam darah dagingnya yang secara otomatik meninggikan statusnya di kalangan masyarakat Islam.

Dalam konteks sejarah kemasukan sebilangan para ahlul-bait ke dalam istana Raja-Raja Melayu sebagai menantu, antara fakta yang menarik ialah faktor pemilihan mereka atau anak cucu mereka dalam memberi kesinambungan kepada pemerintahan negeri. Dalam sesetengah hal, mereka menyambung pemerintahan kerana raja tiada mempunyai waris pemerintahan yang sah, dalam lain perkataan tiada berputera. Namun terdapat juga raja yang mempunyai waris tetapi kesinambungan pemerintahan negeri tetap dianugerahkan kepada menantu atau anak cucu menantu yang berketurunan ahlul-bait Rasulullah SAW itu. Hal ini terjadi semata-mata atas kesedaran agama yang menekankan soal nasab dalam pemerintahan umat Islam.

Banner-LG-5

Lain-lain kesultanan ahlul bait di Alam Nusantara

Kesultanan Acheh telah dipegang selama 60 tahun oleh pemerintahan raja-raja perempuan, iaitu selepas kemangkatan Sultan Iskandar Thani (1636-1641M) tanpa meninggalkan sebarang waris. Sultanah Seri Ratu Safiatuddin Tajul Alam Syah (1641-1675M), Sultanah Seri Ratu Naqiyatuddin Nurul Alam (1675-1678M), Sultanah Seri Ratu Zakiayatuddin Syah (atau Inayat Syah; memerintah dalam tahun 1678-1688M) dan akhirnya Sultanah Seri Ratu Kamalat Syah (1688-1699M) .

Dikatakan dalam masa pemerintahan Sultanah Inayat Syah itu, iaitu dalam tahun 1683 Masihi, suatu delegasi ulamak telah datang dari Mekah bagi membincangkan hal pemerintahan raja-raja perempuannya yang dianggap menyanggahi hukum hakam ajaran Agama Islam. Setelah bertukar-tukar fikiran dan mendapat latarbelakang fakta pemerintahan raja-raja perempuan Acheh itu, delegasi tersebut pulang ke Mekah, namun beberapa dari mereka mengambil keputusan untuk terus tinggal di sana. Salah seorang dari mereka yang bernama Syarif Ibrahim Al-Jamalullail kemudiannya dilantik menjadi Qadhi Malikul Adil (Ketua hakim) di atas kebijaksanaan dan pengetahuannya yang mendalam mengenai hukum hakam Agama Islam.

Para pembesar Acheh yang merasakan dengan kedatangan delegasi dari Mekah ini, pemerintahan raja-raja perempuannya tidak akan berpanjangan kemudiannya telah merencanakan kemasukan ahlul-bait Rasulullah SAW ke dalam istana Acheh. Ini bagi menyediakan bakal pemerintah sekiranya sampai masanya pemerintah raja-raja perempuan Acheh ditamatkan.

Akhirnya dalam tahun 1699M, Qadhi Besar dari Mekah telah mengeluarkan fatwa yang menegaskan bahawa pemerintahan umat Islam tidak boleh diterajui oleh kaum wanita. Seri Ratu Kamalat Syah diturunkan takhta, dan Sayyid ‘Umar, putera Qadhi Malikul Adil menjadi pengasas kesultanan ahlul bait Rasulullah SAW Acheh yang pertama apabila dinaikkan ke takhta dengan gelaran Sultan Badrul Alam, Sharif Hashim Jamalluddin Ba Alawi Al-Husseini.

Sultan Adiluddin merupakan pengasas dinasti Raja Kelantan lama (termasuk Patani) yang pertama dari keturunan Rasulullah SAW. Baginda yang lebih terkenal dengan nama ‘Raja Loyor’ merupakan putera Datu Nik Jamaluddin ibni Wan Abul-Muzaffar, ibni Sultan Abu Abdullah, Raja Champa yang bergelar Wan Bo. Sultan Abu Abdullah, atau Wan Bo pula ialah putera kepada Sayyid Ali Nurul Alam bin Sayyid Jamaluddin Al-Hussein.

Putera Sayyid Ali Nurul Alam yang bernama Sultan Abu Abdullah itu pula telah menjadi pengasas Raja Champa dari darah ahlul-bait mulai tahun 1471-1478M. Kesultanan Champa dari titisannya hanya dapat bertahan selama empat generasi sahaja, iaitu sehingga period pemerintahan datuk Long Baha, iaitu Nik Ibrahim (Po Nrop). Long Baha ialah raja yang memerintah Patani dalam tahun 1710-1715M, kemudiannya menjadi Raja Kelantan pula dalam tahun 1719-1733M. Keturunannya bersambung-sambung menjadi raja Kelantan hingga ke hari ini.

Kesultanan Siak, Pontianak, Inderagiri, Cirebon, Banten, Ternate, Surabaya, Kalimantan dan beberapa lagi kesultanan lainnya juga pernah mendapat pemerintahan ahlul bait Rasulullah SAW.

Walaubagaimanapun, mulai akhir abad ke19 Masihi, hampir keseluruhan kesultanan-kesultanan di Alam Nusantara berada dalam cengkaman para penjajah seperti British, Belanda dan Amerika Syarikat (di Filipina). Pejuang-pejuang pembebasan nasionalis kemudiannya secara berperingkat-peringkat mulai menuntut kemerdekaan. Malangnya, kesultanan-kesultanan yang pernah ujud sebelum zaman penjajahan termasuk dari dinasti-dinasti Quraisy jurai Bani Hasyim seperti di Sulu, Mindanao, Kalimantan, Surabaya, Acheh dan sebagainya terlupus kedaulatan mereka apabila digabungkan atas nama negara-negara republik apabila wilayah-wilayah mereka mendapat kemerdekaan.

Kesultanan-kesultanan di tanah air yang kebanyakannya juga merupakan daulah ahlul bait Rasulullah SAW juga nyaris terlupus kedaulatan mereka apabila penjajah British bercadang untuk menubuhkan gagasan ‘Malayan Union’ dalam tahun 1945M. British mencari helah untuk memansuhkan terus sistem pemerintahan Raja-Raja Melayu dan berura-ura meletakkan Tanah Melayu secara langsung di bawah jajahan takluknya, iaitu sebagai sebuah koloni British . Dalam gagasan Malayan Union, hak ketuanan dan keistimewaan orang Melayu dan Agama Islam mahu di lupuskan, sementara taraf kerakyatan dicadang untuk diberikan pada sesiapa jua yang tinggal di ‘Malayan Union’ lebih dari 5 tahun tanpa mengambil kira status bangsa dan agamanya.

Bagaimanapun, cadangan pembentukan Malayan Union telah menyatukan Raja-Raja Melayu dan rakyat jelata dalam menentang penubuhan gagasan tersebut. Atas muafakat dan penyatuan Bangsa Melayu dan raja-raja mereka menentang dengan kerasnya pembentukan gagasan Malayan Union, akhirnya cita-cita British untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah koloni mereka tidak kesampaian.

Comments

Popular posts from this blog

Keturunan Syed, Nik dan Wan juga dikaitkan dengan keturunan Nabi Muhammad SAW.

KETURUNAN AYAH DAN KETURUNAN IBU KEPADA MOHD AMIR SHAH BIN HJ AHAMED..

Silsilah Irfan Darwisy bin Zukifly adalah keturunan Nabi Muhammad s.a.w ke 39